Pengenalan

Secara realitinya, perubahan adalah sesuatu yang sukar diramal dan dielakkan bagi sesebuah organisasi yang menjalankan perniagaan. Perubahan-perubahan ini banyak didorong oleh pelbagai faktor seperti teknologi yang semakin ke depan, permintaan perkhidmatan yang berkualiti oleh pelanggan, peluang & pilihan yang pelbagai dalam pasaran.

Sehubungan itu, setiap anggota dalam organisasi perlu bersiap siaga dalam meningkatkan ilmu pengetahuan, kompetensi & kemahiran agar sejajar dengan permintaan pasaran. Program ini bertujuan untuk membekalkan peserta dengan teknik & kaedah yang bersesuaian bagi berhadapan dengan perubahan yang berlaku di persekitaran.​

 

Objektif

  • Memahami bagaimana sesebuah pasukan berimpak tinggi dapat dibentuk di tempat kerja dengan mengamalkan nilai-nilai bersama serta mengadaptasi realiti perubahan.
  • Memahami 2 konsep tindakan perubahan, KAIZEN & KAIKAKU
  • Pengenalan kepada Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0)
  • Membangunkan inisiatif dalam mencari penyelesaian yang boleh membantu meningkatkan kecekapan dan meningkatkan hasil.
  • Melakukan proses semakan dan refleksi prestasi dengan lebih baik dan menjana pelan penambahbaikan yang lebih mantap melalui pemerkasaan keupayaan menganalisa prestasi dan membangunkan solusi melalui kreativiti dan inovasi

Maklumat Program

Tarikh: 18 & 19 September 2019

Hari: Rabu & Khamis

Tempat: De Palma Hotel, Ampang

Kumpulan Sasaran

 

Ketua jabatan, Pembantu tadbir, Penolong pembantu tadbir, Kerani & Pembantu am

HUBUNGI KAMI

MOHD SHEGY BIN JALIL

shegy.akademi@gmail.com

03 – 5524 5365 | 6365

016 – 414 3094

AKADEMI PKNS SDN BHD

No. 333A, Level 3, Block 5, Persiaran Laman Seri Business Park

Section 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Tel: 03 – 5524 5365 | 03 – 5524 6365